Jumaat, 19 Mac 2010

Semua Di Jemput Hadir

Penyerahan Memorandum Rakyat Menuntut Royalti
Kepada
DYMM Yang DiPertuan Agong

Pada :
20hb Mac 2010 ( Sabtu )

Jam :
11.00 pagi

Tempat :
Lapangan Terbang Sultan Mahmud, K. Trg.

Selasa, 2 Februari 2010

Tindakan disiplin kepada Khalid tidak boleh diterima : Timbalan Ketua Pemuda Pahang

Inilah komentar seorang kepimpinan pemuda Pahang yang juga exco pemuda PAS Pusat. Malah Abdullah Karim menyebut seperti laporan Malaysiakini, Khalid sepatutnya dianggap hero namun beliau menjadi mangsa dendam kesumat dalam PAS.

Dewan Pemuda PAS Pusat dan Negeri Pahang tidak wajar membiarkan komentar sebegini dari salah seorang exconya kecuali kalau ini adalah pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat atau Pahang. Komentar terbuka sebegini mendatangkan fitnah dan menjatuhkan maruah Jawatankuasa Disiplin Parti. Sekurang-kurangnya beliau wajar dipanggil memberi penjelasan atau dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin.

Tindakan beliau ini jelas bersalahan dengan akhlak ahli Parti. Di mana sikap wala, taat dan thiqah kepada keputusan parti ? Jika dibiarkan akhlak sebegini dibimbangkan menjadi ikutan orang dibawah dan boleh meruntuhkan Jamaah.

Khamis, 24 Disember 2009

Titipan Nasihat Dr Yusof Qardawi

Di dalam pertemuan lebih sejam itu dengan pimpinan PAS, Dr Yusuf Qardawi telah memberikan pandangan dan amanat yang cukup berharga yang menyentuh pelbagai perkara. Antara beberapa isi penting ucapan beliau:

1) Dr Yusuf Qardawi menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.

2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. Dr Yusuf Qardawi menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tempat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.

3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, Dr Yusuf Qardawi berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mengharapkan dengan jawapan tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.

4) Berkaitan soal wahabi pula, Dr Yusuf Qardawi mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, Dr Yusuf Qardawi menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. Dr Yusuf Qardawi juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.

Haji Mohd Taufek Abd Ghani
AJK PAS Pusat

Selasa, 10 November 2009

Amanat Presiden, Seminar Politik.

UMNO dan kuncu-kuncunya memang tidak sedang duduk dengan keupayaan yang ada pada pakatan Rakyat sekarang. PAS sebagai Parti Islam yang diterajui oleh kepimpinan Ulama telah menunjukkan contoh terbaik di dalam menjaga hubungan dengan parti kawan. Malah trek record PAS di dalam hal ini tidak boleh dinafi. PAS cukup setia dan berpegang kepada janji. Namun mesti diingat, PAS mempunyai hala tuju yang jelas dan prinsip yang tegas.

Presiden menegaskan, " hubungan parti-parti dalam Pakatan bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini."

"Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah," katanya.

PAS bukan sekadar parti politik malah lebih luas daripada itu. Kalau sekadar parti politik, kita mungkin memilih sesiapa sahaja sebagai Presiden dan kepimpinan utama. Indicatornya, populariti, seperti yang dibentang di dalam seminar politik baru-baru ini. (Nik Aziz terunggul, presiden PAS gagal...) Ingatan Presiden, PAS adalah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah.

PAS bersikap terbuka, boleh mendengar namun bersikap objektif dan bukan sentimen serta semberono. Presiden menegaskan, "Kita anggap (kritikan) itu biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan itu ada yang benar, ada yang tidak benar. Yang benar kita ambil, yang tidak benar, kita jawab, kita tidak menolak ahli akademik."

Akhirnya, marilah kita berlapang dadanya menerima dan melaksanakan resolusi seminar ini. Itulah sikap terbaik.