Sabtu, 31 Oktober 2009

PAS Berpecah?

Sehari dua selepas mesyuarat Khas PAS pusat, ramai pengamal media, penulis blog, ahli PAS dan termasuk juga orang umno sibuk mencari rahsia dan isi mesyuarat tersebut. Keghairahan ini juga menyebabkan ramai yang tidak dapat mengawal diri untuk menulis dan mengulas. Yang paling membimbangkan ialah mengambil daripada sumber yang tidak sahih dan menokok tambah. Namun yang lebih merisaukan ialah pembaca-pembaca yang terus mempercayai tulisan-tulisan berkenaan.

Saya tidak berhasrat menceritakan apa yang berlaku, namun apa yang saya harapkan ialah pembaca dan penulis dapat menilai dan menyiasat terlebih dahulu. Tulisan daripada mereka yang berikut adalah bohong dan berniat jahat :
1. Tulang besi
2. Malaysia Waves ( 75% ???)
3. MSO ( Cubaan jatuhkan Presiden)
4.Aduka Teruna ( unsur fitnah )

Kerja-kerja sebegini tidak layak bagi ahli PAS. Sila kembali kepada asas Islam dan prinsip Jamaah. Dalam suasana sekarang buktikan anda adalah ahli yang baik dengan Taat dan Wala kepada kepimpinan.

Sabtu, 10 Oktober 2009

UMNO mengganas lagi

Petang tadi seorang lagi polis berpakaian preman dicederakan dan dikasari oleh dipercayai dari menurut saksi berkenaan cuba menyerang penyokong pas namun dengan tidak sengaja terkena seorang anggota keselamatan yang berada di tempat. Sebelum ini penyokong UMNO telah dengan sengaja menyerang dan merosakkan markaz PAS.





Kejadian yang berlaku jam 6.20 petang itu turut merosakkan sebuah kereta Myvi penyokong PAS apabila penyokong UMNO menyepak dan melakukan tindakan kasar.

Beberapa Peristiwa 1 hari sebelum Pengundian




YB Dato Tuan Guru Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu memberi amanat terakhir sebelum petugas keluar bekerja

PRK N31: Pengundi Muda Menjadi Penentu

Esok, pengundi Dun Bagan Pinang seramai 13,664 orang akan membuat penentuan siapa yang akan mewakili mereka dalam Dewan Undangan Negeri. Pengundi muda yang berusia 40 tahun ke bawah mewakili kira-kira 50 peratus daripada jumlah pengundi di Bagan Pinang, dikatakan menjadi taruhan akhir BN dan PAS bagi menentukan sama ada "status quo" kawasan itu kekal atau PAS membuat kejutan di kubu BN ini.

Dalam kelompok pengundi muda ini pula, mereka yang berada dalam kumpulan umur 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan yang paling ramai, yang mewakili kira-kira 27 peratus.

Kedua-dua parti yang bertanding nampaknya optimis bahawa pengundi muda memihak kepada mereka namun bagi pemerhati politik sentimen golongan itu masih belum jelas.

"Saya kira pengundi muda "play safe". Nampaknya BN dan PAS perlu kerja keras untuk mendapatkan undi mereka," kata pemerhati politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama.

Keputusan pilihan raya kecil Ahad ini juga akan dapat merungkai persoalan sejauhmanakan benarnya pendapat bahawa pengundi muda merupakan kumpulan yang "anti-establishment" dan idealistik atau bersikap rasional dan realistik.

Difahamkan bahawa 55 peratus sokongan pengundi muda memihak kepada PAS pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 di Bagan Pinang namun calon BN Azman Mohammad Noor (BN) tetap berjaya mempertahankan kerusi DUN itu setelah menewaskan Ramli Ismail (PAS) dengan majoriti 2,333 undi.

Kali ini, BN mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang pernah digantung keahlian UMNO kerana kesalahan rasuah politik, manakala PAS diwakili pesuruhjaya negerinya, Zulkefly Mohamad Omar, dari Lenggeng, Negeri Sembilan.