Isnin, 18 Jun 2007

Britain Hina Islam, Apa Tindakan Kita?

Tindakan Britain menganugerahkan "Sir" kepada Penjenayah Salman Rushdie adalah suatu penghinaan secara terang-terangan kepada Dunia Islam dan Umat Islam seluruh dunia. Apa jasa Salman Rushdie melainkan karya kotornya yang menghina Al Quran dan Junjungan Besar Nabi SAW.

Suatu tindakan tegas perlu dilakukan. Malaysia selaku pengerusi negara OIC perlu peka dalam isu ini. Pak Lah kena bangun dari tidur. Jangan dok syok dengan bini baru tu je. Bantahan perlu dilakukan. Dalam masa terdekat ini, barangkali kita akan melihat demostrasi akan dilakukan oleh negara-negara umat Islam yang peka.

Tindakan awal Iran mengutuk Britaian perlu dipuji, walaupun sepatutnya Malaysia yang menjadi pendahulunya. Tapi mungkin agaknya Pak Lah tak tahu tu...

Apa motif Britain menganugerahkan "Sir" kepada si penjenayah ini? Saya setuju dengan pandangan jurucakap kementerian luar Iran, “Memberi penghormatan kepada orang yang termasuk di kalangan mereka yang paling dibenci dalam masyarakat Islam menjadi bukti nyata sikap Islamofobia para pegawai tinggi Britain, Anugerah itu menunjukkan gerakan untuk menghina umat Islam bukan wujud secara kebetulan tetapi merupakan gerakan terancang yang mendapat sokongan beberapa negara Barat,” kata Mohammad Ali Hosseini .

Marilah kita mengambil bahagian kepada apa jua tindakan membantah tindakan biadab Britain. Kita wajib menyatakan perasaan benci kita kepada mereka yang cuba menghina Islam dan Umat Islam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Parlimen Pakistan kecam Rushdie dianugerah gelaran Sir.Parlimen Pakistan sebulat suara mengecam tindakan Britain menganugerahkan darjah kesatria yang membawa gelaran Sir kepada penulis kontroversi kelahiran India, Salman Rushdie dan meminta anugerah itu ditarik balik kerana mencemarkan maruah umat Islam. ISLAMABAD 18 Jun (utusan). Malaysia bila lagi?