Namun Dewan Pemuda Pusat agak panas apabila Ketua Pemuda sedia ada tidak akan mempertahankan jawatan. Timbalan Ketua Pemuda Ust Nasaruddin Tantawi dan Naibnya Ust Azman Syafawi dijangka tidak akan berjaya mengambil alih kekosongan tempat Ketua Pemuda. Kini terdapat suatu usaha percaturan untuk mengelak tapak ketua pemuda dipegang individu berstatus "Ulama Muda". Usaha ini bukan cerita baru apabila Ust Idris Ahmad dengan cara "terhormat" terpaksa mengundur diri dari Dewan Pemuda suatu ketika dahulu. Walaupun YB Salahuddin Ayub dalam mesyuarat agong PAS kubang kerian menyatakan akar umbi bebas memilih namun usaha melobi berlaku dengan licik dan tersusun.
Percaturan seperti ini juga berlaku di peringkat pemilihan AJK Pusat. "Pemutihan" kelihatan semakin jelas. Pemimpin yang rapat dan mendokong Presiden tersisih secara tersusun. Aliran pemikiran ahli PAS sedikit sebanyak telah menjadi kendur dengan prinsip cita-cita parti. Kerusi Timbalan Presiden dijangka terus menjadi kerusi panas. Ini kerana Timbalan sedia ada kelihatan tidak mampu menjadi pembantu kepada Presiden. Pencalonan TG Nik Aziz sebagai Presiden adalah suatu sindiran ahli yang tidak wajar kepada Mursyidul Am.
Dewan Ulama dijangka terus tenang, walaupun dijangka akan berlaku pertukaran Ketuanya. Tetapi adalah menjadi sifat Ulama yang tidak mengejar pangkat dan jawatan.
Akhirnya, alangkah baiknya jika diubah sistem pemilihan dalam PAS ini kepada bentuk syura, kecuali Jawatan Presiden ditentukan oleh perwakilan seperti yang pernah dicadang oleh YB Dr Hassan Ali dalam muktamar yang dulu. Hal ini turut disokong oleh Mursyidul Am di dalam beberapa kenyataan beliau.
sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan