Sabtu, 31 Oktober 2009

PAS Berpecah?

Sehari dua selepas mesyuarat Khas PAS pusat, ramai pengamal media, penulis blog, ahli PAS dan termasuk juga orang umno sibuk mencari rahsia dan isi mesyuarat tersebut. Keghairahan ini juga menyebabkan ramai yang tidak dapat mengawal diri untuk menulis dan mengulas. Yang paling membimbangkan ialah mengambil daripada sumber yang tidak sahih dan menokok tambah. Namun yang lebih merisaukan ialah pembaca-pembaca yang terus mempercayai tulisan-tulisan berkenaan.

Saya tidak berhasrat menceritakan apa yang berlaku, namun apa yang saya harapkan ialah pembaca dan penulis dapat menilai dan menyiasat terlebih dahulu. Tulisan daripada mereka yang berikut adalah bohong dan berniat jahat :
1. Tulang besi
2. Malaysia Waves ( 75% ???)
3. MSO ( Cubaan jatuhkan Presiden)
4.Aduka Teruna ( unsur fitnah )

Kerja-kerja sebegini tidak layak bagi ahli PAS. Sila kembali kepada asas Islam dan prinsip Jamaah. Dalam suasana sekarang buktikan anda adalah ahli yang baik dengan Taat dan Wala kepada kepimpinan.

Tiada ulasan: