Jumaat, 6 November 2009

Aziz Bari Penasihat PAS???

Sejak Pilihanraya Kecil Bagan Pinang hingga hari ini, bertubi-tubi komentar dr aziz bari terhadap PAS. Jika ia berkaitan dengan undang-undang dan perundangan, ia tidak menghairankan kerana dr aziz bari memang berkepakaran. Namun yang memusykilkan ialah komentar itu berkisar kepimpinan PAS. Atau lebih jelas mendesak Presiden PAS dan beberapa orang lain dilucutkan jawatan. Entah kenapa dr aziz bari bercakap di luar kepakarannya. Apakah patut kita terima nasihat seorang dr haiwan untuk membaiki kapal terbang? Nasihat-nasihat sebegini wajar dibakul sampahkan.

Kenapa kita terlalu sensatif kepada kritikan orang luar? Sudah tidak adakah orang PAS, ahli akademik PAS dan pemikir PAS yang berkepakaran? Ataupun sejak bila ahli PAS berubah menjadi penakut dan pengampu? Lihatlah di muktamar bagaimana lantangnya ahli PAS bersuara. PAS berbeza dengan UMNO. Ucapan ahli PAS dalam muktamar tidak pernah ditapis. Mereka bebas bercakap tetapi dengan adab Islam. Sebarang bertelingkahan diselesaikan dalam mesyuarat. Bukan sebaliknya.

Seminar yang akan berlangsung esok diharapkan menjadi medan kepada kepimpinan PAS seluruh negara meluahkan rasa hati mereka.

1 ulasan:

akutetapas berkata...

skrg prof yg amat pakar dalam perlembagaan malaysia yg ditinggalkan oleh penjajah laknatullah telah mengambil alih lidah umno dan disokong oleh pemimpin atasan yg amat membenci presiden pas. fitnah makin membesar kerana pemimpin atasan pas yg menyokong prof perlembagaan amat ramai, lidahnya fasih dalam mentafsir perlembagaan penjajah, kalau dah ilmu penjajah bermakna hati dan perasaan adalah berpahat di penjajah le