Jumaat, 25 Julai 2008

Hampir Suku Juta Selengara Perdana Idris Jusoh

Sewaktu negara dalam sibuk menghadapi krisis ekonomi dan melancarkan dasar berjimat cermat, kita dikejutkan dengan berita Kerajaan Negeri Terengganu membeli 14 unit mercedes. Menteri Besar Terengganu mempertahankan keputusan ini dengan membawa alasan-alasan dan bukti-bukti untuk menolak penggunaan kereta perdana v6 executive.

Namun apa yang menarik dan mengejutkan semua pihak ialah kos penyelenggaraan perdana v6 Menteri Besar yang lalu, DS Idris Jusoh merupakan kos yang tertinggi pernah dicatatkan iaitu sebanyak RM235,123.08. Kos ini hampir menyamai 2 unit kereta perdana v6 yang baru. Ia patut dimasukkan dalam Malaysia Book of Records kerana mencatatkan rekod kos yang sangat tinggi pernah dicatatkan. Sekiranya kos ini adalah benar, proton perdana v6 adalah kereta yang tidak boleh digunakan dan tidak munasabah.

Timbalan Pengarah 1 BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed ketika ditanya berkata, "BPR akan siasat... ada sesuatu yang tidak kena". Rakyat Terengganu perlu mendesak siasatan segera dilakukan oleh BPR, seperti yang diakui sendiri oleh BPR kos yang dilaporkan adalah diluar kotak kemunasabahan.

Syabas DatukAhmad Said kerana mendedahkan perkara ini. Semoga PAS Terengganu menyambut fail yang diserahkan ini.

Kearah Negara Berkebajikan.


*** suk terengganu mengumumkan kesilapan pengiraan kos penyelenggaraan perdana v6 yang digunakan ds idris jusuh. jumlah sebenarnya RM132,357.76 sahaja.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..

1. Ana rasa tak berape seronok / ralat / tak syok dsbnye. Ana tak dapat nak jupe anta dan sahabat sume. Ana ada perkembangan staf pada tarikh muktamar nanti. nyekik betu le sekolah ana nih..

2. kalau dapat pun petang Ahad. Rasanye anta dah balik kot...