Sabtu, 25 April 2009

Kerja-kerja bodoh dalam PAS

Petikan : blog Nik Abduh Nik Abd Aziz

menarik untuk dibaca dan direnungi

" Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya.  Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?   "

*********************************

sekian..  Semoga Ahli Pas menjadi lebih matang dan lebih cerdik membuat penilaian.


Isnin, 20 April 2009

Kekalkan Kepimpinan Ulama

Suasana panas menjelang Muktamar PAS sudah mula terasa apabila kawasan-kawasan dibeberapa buah negeri mula mengadakan mesyuarat Agong. Dewan Muslimat kelihatan agak stabil dengan kepimpinan yang sedia ada. 

Namun Dewan Pemuda Pusat agak panas apabila Ketua Pemuda sedia ada tidak akan mempertahankan jawatan. Timbalan Ketua Pemuda Ust Nasaruddin Tantawi dan Naibnya Ust Azman Syafawi dijangka tidak akan berjaya mengambil alih kekosongan tempat Ketua Pemuda. Kini terdapat suatu usaha percaturan untuk mengelak tapak ketua pemuda dipegang individu berstatus "Ulama Muda". Usaha ini bukan cerita baru apabila Ust Idris Ahmad dengan cara "terhormat" terpaksa mengundur diri dari Dewan Pemuda suatu ketika dahulu. Walaupun YB Salahuddin Ayub dalam mesyuarat agong PAS kubang kerian menyatakan akar umbi bebas memilih namun usaha melobi berlaku dengan licik dan tersusun.

Percaturan seperti ini juga berlaku di peringkat pemilihan AJK Pusat. "Pemutihan" kelihatan semakin jelas. Pemimpin yang rapat dan mendokong Presiden tersisih secara tersusun. Aliran pemikiran ahli PAS sedikit sebanyak telah menjadi kendur dengan prinsip cita-cita parti. Kerusi Timbalan Presiden dijangka terus menjadi kerusi panas. Ini kerana Timbalan sedia ada kelihatan tidak mampu menjadi pembantu kepada Presiden. Pencalonan TG Nik Aziz sebagai Presiden adalah suatu sindiran ahli yang tidak wajar kepada Mursyidul Am. 

Dewan Ulama dijangka terus tenang, walaupun dijangka akan berlaku pertukaran Ketuanya. Tetapi adalah menjadi sifat Ulama yang tidak mengejar pangkat dan jawatan. 

Akhirnya, alangkah baiknya jika diubah sistem pemilihan dalam PAS ini kepada bentuk syura, kecuali Jawatan Presiden ditentukan oleh perwakilan seperti yang pernah dicadang oleh YB Dr Hassan Ali dalam muktamar yang dulu. Hal ini turut disokong oleh Mursyidul Am di dalam beberapa kenyataan beliau.

sekian.


Rabu, 15 April 2009

Kamaruzaman dipilih Menerajui Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu

11 April Kuala Berang - Mesyuarat Agong Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu yang berlangsung semalam memilih Kamaruzaman Abdullah, 35 sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu. Calon Parlimen PAS Kawasan Hulu Terengganu dalam pilihanraya umum yang lalu itu sebelum ini menjadi AJK Pemuda selama dua penggal mendapat undi tertinggi dalam pemilihan kepimpinan sesi 2009-2011.

Beliau dilantik secara syura dari kalangan 11 orang kepimpinan yang menang. Sebelum ini jawatan Ketua Pemuda dipangku oleh Saudara Hamzah Latif yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Negeri setelah dilepaskan Saudara Mohd Nor Hamzah yang menang di DUN Bukit Payong, Marang.

Mesyuarat yang diresmikan oleh YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut itu dihadiri hampir 200 orang pemuda Hulu Terengganu berlangsung dengan suasana yang harmoni.