Selasa, 10 November 2009

Amanat Presiden, Seminar Politik.

UMNO dan kuncu-kuncunya memang tidak sedang duduk dengan keupayaan yang ada pada pakatan Rakyat sekarang. PAS sebagai Parti Islam yang diterajui oleh kepimpinan Ulama telah menunjukkan contoh terbaik di dalam menjaga hubungan dengan parti kawan. Malah trek record PAS di dalam hal ini tidak boleh dinafi. PAS cukup setia dan berpegang kepada janji. Namun mesti diingat, PAS mempunyai hala tuju yang jelas dan prinsip yang tegas.

Presiden menegaskan, " hubungan parti-parti dalam Pakatan bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini."

"Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah," katanya.

PAS bukan sekadar parti politik malah lebih luas daripada itu. Kalau sekadar parti politik, kita mungkin memilih sesiapa sahaja sebagai Presiden dan kepimpinan utama. Indicatornya, populariti, seperti yang dibentang di dalam seminar politik baru-baru ini. (Nik Aziz terunggul, presiden PAS gagal...) Ingatan Presiden, PAS adalah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah.

PAS bersikap terbuka, boleh mendengar namun bersikap objektif dan bukan sentimen serta semberono. Presiden menegaskan, "Kita anggap (kritikan) itu biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan itu ada yang benar, ada yang tidak benar. Yang benar kita ambil, yang tidak benar, kita jawab, kita tidak menolak ahli akademik."

Akhirnya, marilah kita berlapang dadanya menerima dan melaksanakan resolusi seminar ini. Itulah sikap terbaik.

Jumaat, 6 November 2009

Aziz Bari Penasihat PAS???

Sejak Pilihanraya Kecil Bagan Pinang hingga hari ini, bertubi-tubi komentar dr aziz bari terhadap PAS. Jika ia berkaitan dengan undang-undang dan perundangan, ia tidak menghairankan kerana dr aziz bari memang berkepakaran. Namun yang memusykilkan ialah komentar itu berkisar kepimpinan PAS. Atau lebih jelas mendesak Presiden PAS dan beberapa orang lain dilucutkan jawatan. Entah kenapa dr aziz bari bercakap di luar kepakarannya. Apakah patut kita terima nasihat seorang dr haiwan untuk membaiki kapal terbang? Nasihat-nasihat sebegini wajar dibakul sampahkan.

Kenapa kita terlalu sensatif kepada kritikan orang luar? Sudah tidak adakah orang PAS, ahli akademik PAS dan pemikir PAS yang berkepakaran? Ataupun sejak bila ahli PAS berubah menjadi penakut dan pengampu? Lihatlah di muktamar bagaimana lantangnya ahli PAS bersuara. PAS berbeza dengan UMNO. Ucapan ahli PAS dalam muktamar tidak pernah ditapis. Mereka bebas bercakap tetapi dengan adab Islam. Sebarang bertelingkahan diselesaikan dalam mesyuarat. Bukan sebaliknya.

Seminar yang akan berlangsung esok diharapkan menjadi medan kepada kepimpinan PAS seluruh negara meluahkan rasa hati mereka.