Isnin, 22 Jun 2009

Tumpukan Kepada Matlamat Perjuangan

Alhamdulillah, dua hari lepas saya sempat hadir program diskusi isu semasa dengan Setiausaha Agong PAS, Dato'Mustapha Ali. Beliau begitu yakin isu yang hangat diperkatakan UG dan "pergeseran" antara dua Tuan Guru serta isu Timbalan Presiden akan selesai dalam masa seminggu selepas pertemuan kepimpinan tertinggi diadakan Isnin ini. Bagi beliau semua ini hanya tersilap faham. Semua menarik nafas lega dengan penjelasan tersebut walaupun bertalu-talu soalan yang dikemukakan peserta. Saya sempat juga bertanya tentang Lembaga Disiplin PAS. Alhamdulillah, ketuanya sudah dilantik. Saya mengharapkan ia boleh berfungsi dengan baik dan berkesan. "Mana-mana ahli PAS yang patut dipecat perlu dipecat, yang patut dilucutkan jawatan lucutkan sahaja." (petikan kata-kata salah seorang pembahas dalam muktamar baru-baru ini.)

Semalam saya dijemput menyampaikan satu kertas kepada mahasiswa berkaitan Ukhuwah dalam memupuk Wehdatul Fikr. Saya sempat membelek satu buku tulisan Sayyid Abul A'la Maududi. Saya nukilkan di sini sebagai renungan kita bersama.
"Sesebuah Jamaah (harakah atau gerakan) yang kuat dapat tertegak apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mereka mencintai matlamat yang hendak mereka tujui itu. Sifat kesungguhan dalam mengejar matlamat dan sifat keikhlasan dalam berfikir yang ada pada mereka dapat menyemai rasa kasih sayang dan amanah mereka. Jamaah begini adalah seumpama acuan keluli dimana syaitan tidak dapat mencari satu lubang pun untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan. Walaupun syaitan datang dengan bala tentera yang banyak untuk menyerang dari luar, tetapi usahanya ini gagal." PraSyarat Kejayaan Harakah Islamiyyah.

Islam Memimpin Perubahan

Isnin, 8 Jun 2009

Amanat Penggulungan DS Tuan Guru Presiden

Intipati Ucapan Penangguhan Presiden PAS

Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memulakan ucapan dengan membaca Surah Al Maidah Ayat 2 ” Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamaKu dan aku cukupkan nikmatKu dan aku redha Islam menjadi agamamu”

Kata beliau dalam muktamar ada manis tapi jangan terlampau banyak nanti jadi kencing manis; ada pahit tetapi jangan banyak takut sembelit; Ada tawar tetapi jangan banyak takut banjir, disambut dengan gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.

  1. Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah.
  2. Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam
  3. Islam Memimpin Perubahan Islam yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.
  4. Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala.
  5. Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
  6. Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan.
  7. Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam.
  8. PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja.
  9. Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.
  10. Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam.
  11. Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - hingga terlalai dengan musuh palsu.
  12. Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh.
  13. Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.
  14. Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
  15. Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala.
  16. PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyeru selepas muktamar kita bersama-sama :-

  1. Suburkan sifat taqwa. Musuh hanya dapat ditewaskan dengan sifat taqwa.
  2. Ketaatan dan Wala’ mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.
  3. Ukhuwwah dan bai’ah mesti dipertingkatkan dan diperkemaskan.Ianya telah dilaksanakan kepada calon-calon pilihanraya dan di kalangan pimpinan pusat.
  4. Kesatuan Ummah (Wehdatul Fikr), perjuangan kita bukannya Wawasan 2020. Hanya Islam sahaja yang boleh menyatukan ummah bukannya slogan-slogan seperti bersih, cekap, amanah, Islam Hadhari dan OneMalaysia.
  5. Bangunkan manusia dahulu dari perkara lain.
  6. Dermakan untuk membina kompleks bukan sahaja untuk pilihanraya.

Tuan Guru mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak.

Islam Memimpin Perubahan

Bertaubatlah Husam, Bermuhasabahlah Ustaz Nasa.

Muktamar yang berakhir semalam hampir-hampir sahaja berakhir dalam keadaan panas dan membara setelah apa yang dibangkitkan oleh Ustaz Ahmad Awang dan Haji Husam Musa. Namun alhamdulillah kembali menjadi tenang setelah mendapat penjelasan daripada Ustaz Nasaruddin Mohd Isa, Timbalan Presiden, Dato Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am dan kemudiannya penggulungan oleh Dato' Seri TG Presiden.

Husam tewas dalam pemilihan seperti yang dijangka. Namun yang paling mengecewakan ialah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau tewas walaupun sudah banyak kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini yang menimbulkan kegusaran ahli PAS. Antaranya :
"Saya juga berterima kasih kerana mesej saya diterima pada peringkat pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga Naib-naib Presiden... saya percaya mereka dapat melaksanakan pandangan politik saya kerana mereka amat konsisten dalam perjuangan untuk parti," kata beliau pada sidang media hari ini.
sila rujuk video di sebelah sebagai bukti.
Wajarlah Ustaz Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat menyebut, saudara Husam lebih wajar bertanding Presiden.

Untuk Ustaz Nasa, saya ucapkan tahniah namun renunglah 56% perwakilan menolak ustaz sebagai Timbalan Presiden. Ini adalah suatu mesej yang perlu difikirkan. Buatlah sesuatu untuk membuktikan ustaz memang selayaknya berada di tempat ini.

Islam Memimpin Perubahan.


Kepimpinan Baru PAS: Selamat Menjalankan Tugas

Muktamar kali 55 baru sahaja melabuhkan tirai. Bak kata Presiden, ada yang manis, masin dan tidak kurang pula yang tawar. Ini semua saling lengkap melengkapi. Bukan masanya lagi untuk mempertikai, bersedih hati atau berseronok. Tetapi bak kata pepatah sauh dah diangkat, dayung pula di tangan. Marilah kita merapatkan saff. Teruskan perjuangan.

Islam Memimpin Perubahan.