Khamis, 24 Disember 2009
Titipan Nasihat Dr Yusof Qardawi
1) Dr Yusuf Qardawi menegaskan perjuangan gerakan-gerakan Islam seperti PAS adalah penerusan kepada perjuangan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Dalam konteks moden, perjuangan ini adalah mewarisi aliran tajdid yang dipelopori oleh tokoh2 seperti Jamaludin Afghani, Syeikh Muhammad Abdul Wahab, Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Ridha. Ianya kemudian dilanjutkan dalam bentuk tanzimi yg lebih tersusun oleh Hassan Al Banna yg mengasaskan gerakan Ikhwan Muslimin.
2) Asas penting kepada gerakan islam ialah sikap wasathiah (wasotho - pertengahan). Dalam soal feqah, sikap wasathiah ini penting untuk menangkis kejumudan dan ketaksuban. Kejumudan dan ketaksuban inilah yg menyebabkan lahirnya taklid. Dr Yusuf Qardawi menyelar golongan muqallidin ini dan menyatakan bahawa sebenarnya taklid ini tidak ada tempat dlm syariat. Beliau seterusnya berkata bahawa tidak perlu seseorang itu mencapai tahap mujtahid untuk membolehkannya memakai pendapat yg diluar dari mazhabnya. Cukuplah seseorang itu mengetahui dalil atau hujah yg lebih kuat dari pendapat mazhabnya dalam sesuatu perkara bagi membolehkannya memilih yg lain dari mazhabnya.
3) Dalam soal hubungan dengan non muslim, Dr Yusuf Qardawi berfatwa bahawa kita dibolehkan menjawab salam dari non muslim. Meskipun ada khilaf dalam hal menjawab ucapan salam dari non muslim, namun beliau mentarjihkan pandangan yg membolehkan non muslim memberi salam dan menjawab salam mereka. Syeikh mengatakn tidak ada salahnya menjawab salam non muslim yg mana kita mengharapkan dengan jawapan tersebut ianya akan menjadi doa supaya mereka terpaut dgn Islam.
4) Berkaitan soal wahabi pula, Dr Yusuf Qardawi mengatakan golongan wahabi adalah sebahagian dari umat Islam. Dalam banyak hal, Dr Yusuf Qardawi menyatakan bahawa banyak pandangan mereka yg lebih dekat dengan dirinya meskipun ada di kalangan mereka yg taksub dan melemparkan bermacam2 tohmahan terhadap dirinya. Dr Yusuf Qardawi juga menyanjung tokoh2 ulamak yg dilabel wahabi seperti Syeikh Salman Audah dan Syeikh Aidh Abdullah Al Qarni yg dianggap sebagai tokoh yg sederhana.
Haji Mohd Taufek Abd Ghani
AJK PAS Pusat
Selasa, 10 November 2009
Amanat Presiden, Seminar Politik.
Presiden menegaskan, " hubungan parti-parti dalam Pakatan bertitik tolak daripada asas persamaan untuk memerangi ketidakadilan, penyelewengan, rasuah dan segala bentuk kezaliman yang berlaku di negara ini."
"Semua ini berlaku tanpa kita mengorbankan dasar dan matlamat PAS yang sama-sama kita pegang iaitu PAS bergerak di atas sifatnya sebagai sebuah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah," katanya.
PAS bukan sekadar parti politik malah lebih luas daripada itu. Kalau sekadar parti politik, kita mungkin memilih sesiapa sahaja sebagai Presiden dan kepimpinan utama. Indicatornya, populariti, seperti yang dibentang di dalam seminar politik baru-baru ini. (Nik Aziz terunggul, presiden PAS gagal...) Ingatan Presiden, PAS adalah organisasi siasah, dakwah dan tarbiyah.
PAS bersikap terbuka, boleh mendengar namun bersikap objektif dan bukan sentimen serta semberono. Presiden menegaskan, "Kita anggap (kritikan) itu biasa. Kita matang dengan kritikan. Kritikan itu ada yang benar, ada yang tidak benar. Yang benar kita ambil, yang tidak benar, kita jawab, kita tidak menolak ahli akademik."
Akhirnya, marilah kita berlapang dadanya menerima dan melaksanakan resolusi seminar ini. Itulah sikap terbaik.
Jumaat, 6 November 2009
Aziz Bari Penasihat PAS???
Kenapa kita terlalu sensatif kepada kritikan orang luar? Sudah tidak adakah orang PAS, ahli akademik PAS dan pemikir PAS yang berkepakaran? Ataupun sejak bila ahli PAS berubah menjadi penakut dan pengampu? Lihatlah di muktamar bagaimana lantangnya ahli PAS bersuara. PAS berbeza dengan UMNO. Ucapan ahli PAS dalam muktamar tidak pernah ditapis. Mereka bebas bercakap tetapi dengan adab Islam. Sebarang bertelingkahan diselesaikan dalam mesyuarat. Bukan sebaliknya.
Seminar yang akan berlangsung esok diharapkan menjadi medan kepada kepimpinan PAS seluruh negara meluahkan rasa hati mereka.
Sabtu, 31 Oktober 2009
PAS Berpecah?
Saya tidak berhasrat menceritakan apa yang berlaku, namun apa yang saya harapkan ialah pembaca dan penulis dapat menilai dan menyiasat terlebih dahulu. Tulisan daripada mereka yang berikut adalah bohong dan berniat jahat :
1. Tulang besi
2. Malaysia Waves ( 75% ???)
3. MSO ( Cubaan jatuhkan Presiden)
4.Aduka Teruna ( unsur fitnah )
Kerja-kerja sebegini tidak layak bagi ahli PAS. Sila kembali kepada asas Islam dan prinsip Jamaah. Dalam suasana sekarang buktikan anda adalah ahli yang baik dengan Taat dan Wala kepada kepimpinan.
Sabtu, 10 Oktober 2009
UMNO mengganas lagi

Kejadian yang berlaku jam 6.20 petang itu turut merosakkan sebuah kereta Myvi penyokong PAS apabila penyokong UMNO menyepak dan melakukan tindakan kasar.
Beberapa Peristiwa 1 hari sebelum Pengundian
PRK N31: Pengundi Muda Menjadi Penentu
Dalam kelompok pengundi muda ini pula, mereka yang berada dalam kumpulan umur 30 hingga 39 tahun merupakan kumpulan yang paling ramai, yang mewakili kira-kira 27 peratus.
Kedua-dua parti yang bertanding nampaknya optimis bahawa pengundi muda memihak kepada mereka namun bagi pemerhati politik sentimen golongan itu masih belum jelas.
"Saya kira pengundi muda "play safe". Nampaknya BN dan PAS perlu kerja keras untuk mendapatkan undi mereka," kata pemerhati politik Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff kepada Bernama.
Keputusan pilihan raya kecil Ahad ini juga akan dapat merungkai persoalan sejauhmanakan benarnya pendapat bahawa pengundi muda merupakan kumpulan yang "anti-establishment" dan idealistik atau bersikap rasional dan realistik.
Difahamkan bahawa 55 peratus sokongan pengundi muda memihak kepada PAS pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 di Bagan Pinang namun calon BN Azman Mohammad Noor (BN) tetap berjaya mempertahankan kerusi DUN itu setelah menewaskan Ramli Ismail (PAS) dengan majoriti 2,333 undi.
Kali ini, BN mempertaruhkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang pernah digantung keahlian UMNO kerana kesalahan rasuah politik, manakala PAS diwakili pesuruhjaya negerinya, Zulkefly Mohamad Omar, dari Lenggeng, Negeri Sembilan.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Sabtu, 19 September 2009
Adab Menyambat Aidil Fitri
Dalam keghairahan menyambut Hari Raya yang mulia adalah wajar ianya disambut mengikut lunas- lunas yang digariskan oleh Syara‘ dan tidak dicampurbaurkan dengan perkara-perkara yang dilarang atau yang diharamkan.
Hari Raya memang tidak boleh disamakan dengan sambutan perayaan- perayaan yang lain, kerana ianya merupakan kurniaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala khusus kepada hamba- hamba yang beribadat dan berjuang melawan hawa nafsu sepanjang bulan Ramadhan.
Banyak fadilat atau kelebihan yang terdapat pada malam Hari Raya. Oleh sebab itu, di antara adab-adab dan perkara-perkara sunat yang telah digariskan oleh Syara‘ untuk kita melakukannya ialah menghidupkan malam Hari Raya itu dengan melakukan amal-amal ibadat seperti mendirikan sembahyang fardhu secara berjemaah, melakukan sembahyang sunat, bertakbir, memanjatkan doa ke hadrat Ilahi dan melakukan apa- apa jua bentuk perkara yang berkebajikan.
1. Berdoa di malam raya.
2. Bertakbir Sepanjang Malam sehingga sebelum Solat Sunat Aidilfitri.
3. Mandi Sunat Aidilfitri.
4. Memakai Pakaian yang Terbaik, menghilangkan bau yang tidak elok.
5. Makan terlebih dahulu (seelok-eloknya makan kurma dalam bilangan ganjil).
6. Mengucapkan tahniah.
7. Ziarah menziarahi.
8. Tetap menjaga disiplin sebagai seorang Islam yang beriman.
Apa yang di harapkan daripada sambutan Hari Raya sebenarnya bukannya semata-mata kegembiraan atau keseronokan tetapi yang lebih penting dan lebih utama lagi ialah mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Semoga kita semuanya mendapat keberkatan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana menghidupkan, membesarkan dan mengagungkan Hari Raya Idulfiri.
Isnin, 17 Ogos 2009
Jom Tumbangkan BN
Isnin, 22 Jun 2009
Tumpukan Kepada Matlamat Perjuangan
Isnin, 8 Jun 2009
Amanat Penggulungan DS Tuan Guru Presiden
Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memulakan ucapan dengan membaca Surah Al Maidah Ayat 2 ” Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamaKu dan aku cukupkan nikmatKu dan aku redha Islam menjadi agamamu”
Kata beliau dalam muktamar ada manis tapi jangan terlampau banyak nanti jadi kencing manis; ada pahit tetapi jangan banyak takut sembelit; Ada tawar tetapi jangan banyak takut banjir, disambut dengan gelak ketawa perwakilan dan pemerhati.
- Ucapan terima kasih kepada pimpinan dan seluruh ahli serta tuan rumah.
- Mereka yang terjun dari bahtera PAS, mereka akan tenggelam
- Islam Memimpin Perubahan Islam yang berjaya membina dan mengislahkan tamadun manusia. Islam bina tamadun baru mengambil nilai-nilai dari tamadun lain dan mengislahkan nilai-nilai tersebut.
- Keruntuhan ekonomi kerana halalkan yang haram, semuanya kerana sekularisme memisahkan agama tiada perhitungan dosa dan pahala.
- Islam mesti jadi penyelesai kepada semua masalah samada ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
- Hikmah cara Islam yang dikawal oleh Islam menjadi pengawal kepada apa juga isu dan tindakan.
- Islam terima apa juga kebijaksanaan tentang apa saja kepakaran untuk menyelesaikan masalah dan urusan dunia asalkan ianya tidak bertentangan dengan Islam.
- PAS tidak perlu menumpang bahtera orang lain samada BN dan sesiapa sahaja.
- Wakil-wakil rakyat PAS tidak tumbang dengan politik wang kerana Islam menjadi tempat berpijak kita. Tidak seperti wakil-wakil rakyat yang lain yang tewas dengan politik wang.
- Berjuang mesti bertemu dengan semua pihak, mengajak semua manusia (jahat dan baik) kepada Islam.
- Mesti kenal musuh sebenar dan musuh yang direka (tiupan-tiupan syaitan) - hingga terlalai dengan musuh palsu.
- Allah memerintah kita utamakan perdamaian - pendekatan muwajahah silmiyah bagi menarik ahli seberapa ramai yang boleh.
- Jangan tutup pintu langsung kepada sesiapa sahaja kerana kerja kita adalah kerja baik dan mesti orang lain ke arah kebaikan.
- Berbuat baik kepada musuh bagaikan pokok yang dilontar batu oleh kanak-kanak, pokok membalas dengan memberi buah atau lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.
- Bersabar dengan kezaliman tetapi jangan sampai dipijak kepala.
- PAS tetap membuka ruang kepada media supaya masyarakat dapat menilai apa yang baik dan buruk. PAS tetap telus dan professional.
Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyeru selepas muktamar kita bersama-sama :-
- Suburkan sifat taqwa. Musuh hanya dapat ditewaskan dengan sifat taqwa.
- Ketaatan dan Wala’ mesti ada pada ahli selagi pemimpin taat kepada Allah. Jika pemimpin tidak taat kepada Allah maka jangan taat kepada pemimpin. Sahabat bukan sahaja taat kepada perkara yang mereka faham malah yang mereka tidak faham selepas itu mereka tanya jika tidak faham.
- Ukhuwwah dan bai’ah mesti dipertingkatkan dan diperkemaskan.Ianya telah dilaksanakan kepada calon-calon pilihanraya dan di kalangan pimpinan pusat.
- Kesatuan Ummah (Wehdatul Fikr), perjuangan kita bukannya Wawasan 2020. Hanya Islam sahaja yang boleh menyatukan ummah bukannya slogan-slogan seperti bersih, cekap, amanah, Islam Hadhari dan OneMalaysia.
- Bangunkan manusia dahulu dari perkara lain.
- Dermakan untuk membina kompleks bukan sahaja untuk pilihanraya.
Tuan Guru mengakhiri ucapan dengan ucapan terima kasih kepada semua pihak.
Islam Memimpin Perubahan
Bertaubatlah Husam, Bermuhasabahlah Ustaz Nasa.
Husam tewas dalam pemilihan seperti yang dijangka. Namun yang paling mengecewakan ialah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau tewas walaupun sudah banyak kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini yang menimbulkan kegusaran ahli PAS. Antaranya :
"Saya juga berterima kasih kerana mesej saya diterima pada peringkat pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga Naib-naib Presiden... saya percaya mereka dapat melaksanakan pandangan politik saya kerana mereka amat konsisten dalam perjuangan untuk parti," kata beliau pada sidang media hari ini.
sila rujuk video di sebelah sebagai bukti.
Wajarlah Ustaz Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat menyebut, saudara Husam lebih wajar bertanding Presiden.
Untuk Ustaz Nasa, saya ucapkan tahniah namun renunglah 56% perwakilan menolak ustaz sebagai Timbalan Presiden. Ini adalah suatu mesej yang perlu difikirkan. Buatlah sesuatu untuk membuktikan ustaz memang selayaknya berada di tempat ini.
Islam Memimpin Perubahan.
Kepimpinan Baru PAS: Selamat Menjalankan Tugas
Islam Memimpin Perubahan.
Sabtu, 2 Mei 2009
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden PAS wajar dipegang Ulama:DPPNT
Sabtu, 25 April 2009
Kerja-kerja bodoh dalam PAS
" Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.
Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!
Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.
Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!
Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.
Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.
Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.
Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?
Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.
Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.
Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih? "
*********************************
sekian.. Semoga Ahli Pas menjadi lebih matang dan lebih cerdik membuat penilaian.
Isnin, 20 April 2009
Kekalkan Kepimpinan Ulama
Rabu, 15 April 2009
Kamaruzaman dipilih Menerajui Pemuda PAS Kawasan Hulu Terengganu
Beliau dilantik secara syura dari kalangan 11 orang kepimpinan yang menang. Sebelum ini jawatan Ketua Pemuda dipangku oleh Saudara Hamzah Latif yang juga Ketua Penerangan Dewan Pemuda Negeri setelah dilepaskan Saudara Mohd Nor Hamzah yang menang di DUN Bukit Payong, Marang.
Mesyuarat yang diresmikan oleh YB Haji Mohd Abdul Wahid Endut itu dihadiri hampir 200 orang pemuda Hulu Terengganu berlangsung dengan suasana yang harmoni.
Ahad, 29 Mac 2009
UMNO syok sendiri
Ujian pertama Umno ialah pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Rata-rata pengalisis politik dan rakyat bawahan tidak yakin perubahan kepimpinan UMNO boleh memberi kesan positif kepada mereka dalam pilihanraya ini.