Isnin, 22 Jun 2009

Tumpukan Kepada Matlamat Perjuangan

Alhamdulillah, dua hari lepas saya sempat hadir program diskusi isu semasa dengan Setiausaha Agong PAS, Dato'Mustapha Ali. Beliau begitu yakin isu yang hangat diperkatakan UG dan "pergeseran" antara dua Tuan Guru serta isu Timbalan Presiden akan selesai dalam masa seminggu selepas pertemuan kepimpinan tertinggi diadakan Isnin ini. Bagi beliau semua ini hanya tersilap faham. Semua menarik nafas lega dengan penjelasan tersebut walaupun bertalu-talu soalan yang dikemukakan peserta. Saya sempat juga bertanya tentang Lembaga Disiplin PAS. Alhamdulillah, ketuanya sudah dilantik. Saya mengharapkan ia boleh berfungsi dengan baik dan berkesan. "Mana-mana ahli PAS yang patut dipecat perlu dipecat, yang patut dilucutkan jawatan lucutkan sahaja." (petikan kata-kata salah seorang pembahas dalam muktamar baru-baru ini.)

Semalam saya dijemput menyampaikan satu kertas kepada mahasiswa berkaitan Ukhuwah dalam memupuk Wehdatul Fikr. Saya sempat membelek satu buku tulisan Sayyid Abul A'la Maududi. Saya nukilkan di sini sebagai renungan kita bersama.
"Sesebuah Jamaah (harakah atau gerakan) yang kuat dapat tertegak apabila ahli-ahlinya berfikir dengan ikhlas dan mereka mencintai matlamat yang hendak mereka tujui itu. Sifat kesungguhan dalam mengejar matlamat dan sifat keikhlasan dalam berfikir yang ada pada mereka dapat menyemai rasa kasih sayang dan amanah mereka. Jamaah begini adalah seumpama acuan keluli dimana syaitan tidak dapat mencari satu lubang pun untuk mencelah masuk dan melakukan kerosakan. Walaupun syaitan datang dengan bala tentera yang banyak untuk menyerang dari luar, tetapi usahanya ini gagal." PraSyarat Kejayaan Harakah Islamiyyah.

Islam Memimpin Perubahan

Tiada ulasan: