Isnin, 8 Jun 2009

Bertaubatlah Husam, Bermuhasabahlah Ustaz Nasa.

Muktamar yang berakhir semalam hampir-hampir sahaja berakhir dalam keadaan panas dan membara setelah apa yang dibangkitkan oleh Ustaz Ahmad Awang dan Haji Husam Musa. Namun alhamdulillah kembali menjadi tenang setelah mendapat penjelasan daripada Ustaz Nasaruddin Mohd Isa, Timbalan Presiden, Dato Dr Harun Din, Timbalan Mursyidul Am dan kemudiannya penggulungan oleh Dato' Seri TG Presiden.

Husam tewas dalam pemilihan seperti yang dijangka. Namun yang paling mengecewakan ialah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan selepas beliau tewas walaupun sudah banyak kenyataan yang telah dikeluarkan sebelum ini yang menimbulkan kegusaran ahli PAS. Antaranya :
"Saya juga berterima kasih kerana mesej saya diterima pada peringkat pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan juga Naib-naib Presiden... saya percaya mereka dapat melaksanakan pandangan politik saya kerana mereka amat konsisten dalam perjuangan untuk parti," kata beliau pada sidang media hari ini.
sila rujuk video di sebelah sebagai bukti.
Wajarlah Ustaz Nasaruddin Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat menyebut, saudara Husam lebih wajar bertanding Presiden.

Untuk Ustaz Nasa, saya ucapkan tahniah namun renunglah 56% perwakilan menolak ustaz sebagai Timbalan Presiden. Ini adalah suatu mesej yang perlu difikirkan. Buatlah sesuatu untuk membuktikan ustaz memang selayaknya berada di tempat ini.

Islam Memimpin Perubahan.


Tiada ulasan: