Sabtu, 15 Mac 2008

UMNO Tidak Bersedia Ditegur

"Mukhriz mempunyai kepentingan peribadi dan mahu mengambil kesempatan," dakwa Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim. "Sehubungan dengan itu beliau wajar dipecat," tambah Datuk Azhar.

"Mukhriz biadap," pemuda UMNO Selangor.

"Mukhriz itu tidak bertanggungjawab," Hishammuddin.

Semua ini hanya gara-gara sepucuk surat Datuk Mukhriz Mahathir kepada Presiden UMNO meminta beliau meletakkan jawatan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Salinan surat itu yang disifatkan Mukhriz sebagai surat peribadi turut dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menjadi budaya UMNO orang bawahan tidak dibenar sama sekali untuk mengkritik dan menegur kepimpinan walaupun dengan surat yang bertanggungjawab apatah lagi dengan surat layang ataupun sidang media dan demontrasi. Peribadi Presiden, tindakan dan keputusannya adalah yang terbaik untuk parti dan suci dari sebarang kelemahan.

Orang yang menegur mesti bersedia menerima sebarang tindakan tatatertib termasuk dipecat. Orang seperti Mukhriz tidak wajar berada di dalam UMNO. Saya yakin PAS bersedia mengalu-alukan Datuk Mukhriz.

Selamatkan Malaysia.

1 ulasan:

azira berkata...

Mukhriz kurang ajar.
Baru sehari jadi YB dah tunjuk belang.
Anak bapak.
Kami Melayu yang beradap bukan biadap.
Lain kali kalau dia jadi calon BN Parlimen Jerlun kami pasti tolak.